Monday, February 9, 2009

Falsafah Yayasan Islam Kelantan

falsafah Yayasan Islam Kelantan

Pendidikan Islam sebagai yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta'dib, irsyad dan tadris adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam.

Pengenalan Yayasan Islam Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan adalah sebuah organisasi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam usaha menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.yik

Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada asalnya telah ditubuhkan pada 1 Julai 1974 di bawah kuatkuasa Enakmen Kelantan bilangan 9/1968 (Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan) dengan nama Jabatan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (JASA). Pada masa itu pejabatnya di tempatkan di Lundang .

Pada Jun 1979 ia telah didaftarkan semula di bawah Enakmen Kelantan Bilangan 5/1979 dengan diberi nama Yayasan Pelajaran Islam Kelantan (YPINK).

Institusi ini dipinda sekali lagi menerusi Enakmen Negeri Kelantan , bilangan 8/1982 (berkuatkuasa pada 1 hb. Mac 1983) dan diberi nama Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Tujuan Penubuhan:

1. Berusaha untuk meningkatkan pendidikan menerusi sekolah-sekolah agama supaya seimbang dengan keperluan masyarakat dan negara.

2. Berusaha untuk melayakkan sekolah-bangunan barusekolah agama di negeri ini menjadi saluran pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

3. Berusaha untuk mengadakan pusat pengajian Islam secara lama (pondok).

4 . Berusaha mengadakan pusat Bahasa Arab bagi mempertingkatkan pengajaran bahasa di negeri ini.

Maahad Muhammadi Gua Musang


Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh...

Semoga anda sekalian sihat selalu dan dirahmati Oleh Allah...blog ini diciptakan untuk menberi informasi dan maklumat yang terkini di Maahad Muhammadi Gua Musang..
harap ia dapat bermanfaat kepada Kita dan kepada semua insan di muka bumi ini...
Insyaallah.